Tuesday, April 29, 2014

Mimpi Lagi

Mimpi cakap kat tepon ngn azhar. dalam tepon je. tapi last borak terdetik "eh, azhar bahasakan diri abang" ok terus senyum.

entah ape ke halnya mak suruh kemas rumah ade yang nak datang. pastu masa tu pk nak kemas cmnenyer mmg bnyk barang.. dengan bakul la kotak la dalam kota ade barang la..makanan la..dari depan sampai ke dapur ade barang. jadi cara kemasnya tolak je barang ke tepi.

tak lama sikit nmpk Kak Ros datang. pastu terus gi dapur tak gi depan dah.tapi tahu ayah ade kat depan. Mak ngn Kak ros kat dapur. Kak ros dukung baby. tapi bukan soleh. rambut budak tu mcam Adam. entah lelaki ke perempuan. tak cam.

ingtan dah kabur.....kaburrr.....terusss kabuuurrrrr

habis.

Monday, April 21, 2014

Mimpi Jumaat malam sabtu


Dalam rumah. macam tengah tunggu orang datang nak jemput. (tapi masa tu tak pasti lagi siapa yg nak dtg). Bila dah lama sikit ade kereta depan rumah. So tahulah yang nak jemput tu Azhar. terus lari naik atas kemas kemas barang. sebab nak pindah pergi PRS.

Amek masa kemas barang lama sangat.. sangat lama.. telalu lama sampai takot kene tinggal. "agaknya azhar tunggu ke dah tinggalkan kite" turun tangga sikit tinjau kat dapur tgk azhar tgh mkn dgn abang mizi. "fuhh nasib baik tgh makan"

dah siap semua azhar masukkan barang dalam bonet kereta. masa angkat barang nak g bonet tu dah nmpk dah ramai orang..azhar perasan aku nampak banyak orang.. azhar pesan "nnti tak payah salam sesiapa"

bila dah masukkan barang dalam bonet sy kata "tak bawak baju nak tukar kat sana pon" azhar kata "kenapa tak bawak.. pergi la amek".........."oh tak payah la guna je baju kat sana"

masa kat bonet tu macam ramai duk tepi bonet sbb macam nak menghantar, pastu bila bonet da tutup nak gi salam orang tu.. orang tu semua perempuan takde lelaki pon, bila hulur tangan mereka semua serentak kebelakang. pastu hasnita pon pandang azhar muka pelik..... pastu azhar kata "kan da bagitahu tak payah salam.."... 

lepas tu kami pon masuk kereta. habis.

Tuesday, April 15, 2014

Mimpi Tajuk Ape ni? -_-'

Mimpi lebih kurang seminggu sebelum ke PRS. Dalam mimpi tu mmg dah bagitau aku nak bawak air untuk PRS.

Duk dalam kereta pandang sebelah tengok Jahan yang drive. Lepas tu tiba tiba teringat lupa nak bawak air. Lupa nak masukkan air dalam bonet. bagitahu jahan "Kak nak patah balik nak amek air.. lupaa"
Jahan jawab, " Takyah la.. lain kali je".

Dalam mimpi sedihnya tak dpt bawak air yang dah beli.

Lepas tu tiba tiba Jahan bawak kereta masuk dalam laut. Tapi duk dalam laut tu macam biase je. Bukan berenang pon. Berdiri mcm biase. Bernafas pon mcm biase. Lepastu rasa nak keluar dari situ. Tapi kalau nak keluar macam bahaya. Macam bahaya sangat. Boleh mati kalau keluar juga.

Pstu ckp kat kak Jahan : "Kak jom keluar bia nita bawak kereta"
Jahan kata " Tak boleh. Nanti kita bahaya@mati" (tp sbnrnya muka jahan macam relax je..)

Pastu amek juga kunci kerete nekad nak pecut kereta keluar dengan zikrullah. sekali tekan minyak laju laju teros kereta terkeluar. Akhirnya selamat.

yang bahaya tu sbnarnya mcm ade orang keliling laut.. orang tu mcm pegang senapang laser merah. ade lagi macam buluh buluh tajam. errrrrrrr mcm mcm..tak ingt  -_-'

Habis.

Wednesday, April 2, 2014

Mimpi tuan dulu-dulu 3

Nampak tuan, tgh merenung ke lain, dtg ke tuan, hulur tangan nak bersalam dgn tuan, dia tak sambut, tak pandang pun, pastu bg salam, baru dia pandang senyum dan sambut salam..

Mimpi tuan dulu-dulu 2

Aku nak mengeluarkan perkataan yg sama dengan tuan, aku cakap sama mcm dia ckp, tp yg keluar tu tak sama mcm sangkut2 seolah2 radio takde line..

Mendalam pengajarannya..

Mimpi tuan dulu-dulu 1

Sebuah surau, aku di dalam, ada satu imam, solat jemaah, bagi kuliah, orang-orang ikut..

Kemudian dtg tuan, imam yg tadi lari, tuan bukak baju, bawak tuala pegi bilik air..

Kedengaran suara khalifah amin sayong, tp tak kelihatan, mcm bawak org mandi limau..

Pastu tuan masuk, kami tinggal berdua..

Tuan ckp yg lebih kurang yg maksudnya

"DIA suruh kita duduk, kita duduklah"

Habis.