Tuesday, January 28, 2014

Mimpi Cinta Semalam

_____________________________________________________________________________

Mimpi Abg Zul, Kak Ros dan 'seseorang'

naik pondok nampak 'seseorang' tido. aku bentangkan 'toto' sediakan bantal dan suruh 'seseorang' tido di toto. lepas die tido, aku sambung berborak dgn abg zul dan kak ros.

sekian
_________________________________________________________________________________

Monday, January 27, 2014

Mimpi 5 : semalam

Mimpi ape tah, ade cikgu nuar ade dlm mimpi semalam.. Panjang mimpinye, ade mcm2 mission..

Penghujung mimpi tu aku betul2 rasa nak muntah, real.

Lastly bangun..

Random dream #1

Suatu ketika dulu, mimpi naik kereta dgn abg zul & kak ros..

Kak ros yg driving, sekali die tido sambil driving..

Sekian.

Mimpi 4 : Benz Ali

Suatu ketika, Benz Ali dalam mimpi aku. Ada beberapa scene dalam setting yang berbeza.

Antara yang aku ingat, ada scene di padang.

Scene yang lain, dia berambut panjang, dan menyanyi.(menyanyi?lol)

Lain lagi, di sebuah kedai buku. Aku sedah membelek buku-buku islamik di kedai itu dan telah memegang beberapa buku pilihan.

Datang dia (berambut pendek) melihat aku, dan memperhatikan buku-buku pilihan aku, dan kemudiannya dia merekomenkan aku beberapa buku.

Mimpi tammat.(Penceritaan tidak mengikut sequence sebenar).

Sunday, January 26, 2014

Mimpi Cinta Satu

_________________________________________________________________________________

Situasi seperti baru selesai dengar kuliah, semua orang sudah pon keluar dari pintu 'kelas' yang tinggal hanya aku. Ke kelas dengan pakaian solat (bertelekung ).

 Tiba - tiba datang seorang lelaki yang rupanya tak dapat dikesan ( kerana terlalu silau dengn cahaya) datang di bahagian tingkap. Tingkap besar seperti pintu. tapi aku pasti itu adalah tingkap. Tanpa pergerakan mulut, aku terdengar lelaki itu melamar aku.

Perasaan yang bercampur- Aku mengambil keputusan  untuk lari dari lelaki itu...Jalan yang LURUS. Sehingga tiada ruang untuk 'menyorok'. Sampai di suatu tempat ( Seperti perkarangan masjid) aku terhenti.

 Melihat disebelah kanan - Begitu ramai jemaah yang memakai pakaian putih seperti menantikan 'sesuatu'.

Terfikir aku apakah yang mereka nantikan?

Terpandang aku di sisi kiri, terlihat cermin dengan pantulan muka aku dan dia ~~~~~~~~~~

Sebab terkejut tgk pantulan dari cermin terus terjaga. Jam pukol 3.58 am (kalau tak silap).



# seorang lelaki#seorang perempuan#sekumpulan jemaah#berpakaian putih#bilik bertingkap#perkarangan masjid# terang#putih#cahaya

_________________________________________________________________________________

Mimpi 3 : Flight?

Aku naik kereta dengan beberapa orang. Abang Zul pemandu. Berdialog dengan dia berkenaan umrah, dalam mimpi tu dia kata dia bayarkan.

Teringat dulu memang pernah dia kata nak bawak aku & Jizi pegi umrah.

Kemudian dalam mimpi tu aku naik flight dan bertolak. Flight baru nak mula menaik, belum sampai untuk perjalanan yang rata.

Mimpi tammat.

Mimpi 2 : Suluk 3 hari

Suatu siang jumaat aku tidur sebelum masuk waktu jumaat. Kemudian aku didatangi suatu mimpi.

Mimpi bersuluk di tiong, suluk yang bermula jumaat. Lokasi di surau PRS Tiong, bulatan tawajuh sudah tersusun, aku keluar berwudhu, kemudian kembali ke dalam surau.

Aku teringat nak whatsapp sepupu aku nak bagitahu ada suluk 3 hari.

Mimpi tammat.

Mimpi 1 : Rod Merah & Hitam

Aku sampai ke sebuah rumah. Aku masih diluar. Dalam rumah itu ada seorang perempuan. Rumah itu serba lengkap perkakas peralatannya.

Ada seorang lelaki jahat. Aku berlawan dengan dia. Dia menggunakan satu rod merah yang tajam. Kemudian aku mengalahkan dia dan dia ditangkap.

Aku berjalan ke dalam rumah dan masuk ke sebuah bilik. Lelaki tadi datang kembali, rupanya dia terlepas dari tangkapan. Kami berlawan semula.

Kali ini aku ditikam rod merah itu(rasanya tembus di kepala). Kemudian aku mencapai roh hitam yang ada di dalm bilik itu dan menikam dia pula.

Ketika nak ditikam dia kata

"aku sanggup kena yang hitam asalkan tak kena yang merah"

Kemudian aku belasah dia dengan yang hitam dan yang merah.

Mimpi tammat.